Ihsan Foto: Instagram Rita Rudaini

KUALA LUMPUR – Pelakon, Rita Rudaini mendedahkan dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk kos rawatan anak sulungnya kerana polisi perlindungan insurannya sudah luput.

Pemilik nama penuh, Rita Rudaini Mokhtar, 48, itu berkata, anaknya, Airit Rayyan Rizqin,15 memang memiliki polisi insurans tetapi tidak pernah digunakan sejak bayi lagi.

“Saya tidak memegang polisi perlindungan insurans itu.Ternyata, insurans itu sudah hampir 13 tahun tamat kerana ‘pembayar’nya menghentikan pembayaran,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Pelakon yang telah mencipta nama menerusi filem Mami Jarum itu berkata, beliau pernah berusaha membuka akaun baharu tetapi tidak berjaya apabila bekas suaminya enggan bekerjasama menutup akaun insurans lama.

“Sebelum ini, saya ada mengambil insurans yang lain untuk Rayyan tetapi sudah luput semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) dan selepas itu, saya putuskan untuk buat yang baharu.

“Namun, syaratnya adalah akaun yang dibuka 13 tahun dahulu perlu ditutup. Malangnya, manusia yang buka akaun itu tidak mahu memberi kerjasama menurunkan tanda tangan menutup akaun walaupun ia percuma.

“Jadi, saya tidak dapat mengambil insurans dari syarikat yang sama dengan kedua-dua anak saya,” jelasnya.

Sebelum ini, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak terkenal negara, Aidil Zafuan Abdul Razak pada 2008 namun berpisah pada September 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Aktres itu pernah mendakwa bekas suaminya culas gagal menghulurkan nafkah buat dua putera mereka, selain nilai nafkah yang diberikan tidak mampu untuk membayar yuran sekolah anak-anak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast