Arthur Joseph Kurup
Arthur Joseph Kurup

KUALA LUMPUR – Proses vaksinasi di negara ini agak perlahan terutama di kawasan pedalaman Sabah amat membimbangkan kerana kurang akses kepada pembangunan infrastruktur dan komunikasi.

Sehingga 16 Jun 2021, penerima vaksin di seluruh Negeri Sabah berjumlah 282,798 orang.

Manakala bagi Zon Pedalaman Sabah pula adalah sebanyak 25,619 orang, kata Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kulup.

Ini menunjukkan kadar vaksinasi hanya 10.25% daripada populasi Sabah dan antara yang terendah.

Menurut beliau, PBRS telah menyatakan perkara itu ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 14 Jun lalu, selain PBRS menyatakan pendirian supaya darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021.

Arthur yang menjunjung kasih dan menyokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong itu berharap persidangan parlimen yang akan datang akan digunakan sepenuhnya oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Ini selaras dengan titah baginda supaya tumpuan perlu diberikan kepada usaha-usaha menangani Covid-19 dan bukannya untuk agenda politik yang boleh mengheret negara ke dalam krisis.

”Saya amat menghargai keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap segala isu dan pendirian parti yang dipersembahkan ketika sesi menghadap pada 14 Jun
2021 yang lalu.

”Dalam sesi menghadap tersebut, saya turut menjelaskan tentang keadaan ekonomi semasa dan kesan pandemik Covid-19 yang dihadapi oleh rakyat
di kawasan luar bandar khususnya di Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Lantaran itu, beliau menyifatkan pandangan yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong bahawa persidangan parlimen perlu diadakan secepat mungkin membuktikan baginda mengutamakan Prinsip Keluhuran Perlembagaan dan selari dengan hasrat memelihara peranan ‘legislative oversight’ semak dan imbang yang dimainkan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Arthur yang menjunjung kasih dan menyokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong itu berharap persidangan parlimen yang akan datang akan digunakan sepenuhnya oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Ini selaras dengan titah baginda supaya tumpuan perlu diberikan kepada usaha-usaha menangani Covid-19 dan bukannya untuk agenda politik yang boleh mengheret negara ke dalam krisis.

Ujarnya, PBRS mendokong dan memandang serius saranan Yang di-Pertuan Agong akan keperluan untuk memastikan kestabilan politik supaya kerajaan dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette