KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan, selepas merempuh sebuah lori yang berhenti di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Bandar Manjalara menghala ke Bulatan Batu Caves.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, kemalangan berlaku 7.40 pagi tadi apabila lori yang dipandu Rosmi Azua Mohamed Shidik berusia 45 tahun mengalami kerosakan.

Beliau kemudian terpaksa memberhentikan lorinya yang rosak di lorong kiri jalan tersebut.

Zulkefly menerusi satu kenyataan berkata, kira-kira 10 minit kemudian, Saidi Suhdi, 63 tahun yang menunggang motosikal datang dari arah belakang dan melanggar bahagian sisi kanan lori berkenaan.

Ekoran itu Saidi yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 tercampak ke atas jalan raya.

Akibat pelanggaran tersebut warga emas itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tindakan lanjut.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kenderaan rosak atau berhenti menunggu sesuatu seharusnya menyalakan lampu merah belakang berkelip-kelip or blinking red lights.

Comments are closed.