Temubual bersama Timbalan Pengarah Institut Kajian Ektik (KITA), UKM, Prof Dr Noorkartini Aboo Talib @ Khalid dan ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How secara maya dalam Skop MG di Malaysia Gazette, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 23 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional yang masih tidak memberikan tarikh Parlimen dibuka seolah-olah takut digulingkan tanpa memikirkan soal rakyat pada ketika ini.

Ahli Undangan Negeri Pasir Panji, Howard Lee Chuan How berkata, perkara mengguling kerajaan tidak akan berlaku pada ketika ini memandangkan rakyat lebih penting dan perlu dibantu terlebih dahulu.

“Kami wakil rakyat boleh bersabar untuk itu. Tetapi isu rakyat tak boleh main-main.

“Setiap hari saya hantar makanan kepada penduduk di Pasir Pinji. Saya lihat mereka menangis di hadapan rumah.

“Masalah mereka hanya akan selesai dengan bantuan kerajaan. Tetapi, apa indikator kerajaan yang ada?,” soalnya ketika menjadi panel program SKOP MG bersama Timbalan Pengarah, Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Noorkartini Aboo Talib @ Khalid.

Jelasnya, desakan untuk Parlimen dibuka bukan untuk membawa usul politik sebaliknya membantu kerajaan menyelesaikan isu-isu yang sedang berlaku sekarang.

“Kami hanya bersabar menanti keputusan Speaker Dewan. Di Perak, Kerajaan Negeri dan pembangkang sepakat untuk Sidang Dun dibuka sesegera mungkin.

“Cumanya, apabila berkisarkan hidup mati rakyat, ini yang tak boleh sabar dan tak boleh hanya menunggu sahaja.

“Kes Covid-19 semakin meningkat, tetapi dasar yang digubal oleh kerajaan seolah-olah tidak mendengar pendapat pakar dan wakil rakyat yang ada,” katanya.

Jelasnya lagi, sebagai wakil rakyat, menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan adalah pegangan terbaik dan perlu diikuti oleh semua.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 40 (3a) dan (3b) ada menyatakan di setiap keputusan adalah di atas budi bicara Seri Paduka Baginda serta dalam keadaan seperti sekarang iaitu darurat.

“Jelas sekali, kerajaan tidak mempunyai keupayaan dan indikator terbaik untuk membantu rakyat.

“Parlimen dan sidang DUN adalah mekanisme terbaik untuk kita semua berbincang mencari penyelesaian. Itu sahaja,” katanya.

“Tetapi mereka tak hendak. Saya rasa geram dan marah. Ini hidup mati rakyat,” jelasnya.

Terbaharu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar perkenan supaya Dewan Negeri Johor bersidang pada 12 Ogos ini.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda berkenan berangkat merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat yang akan diadakan di Kota Iskandar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast