Parlimen Malaysia menyaksikan pertukaran tiga kerajaan dalam tempoh tiga tahun selepas BN kalah PRU14.

KUALA LUMPUR – Kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan untuk memanggil Parlimen bersidang hendaklah dijalankan mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri.

Baginda hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu, menurut Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan.

Selaras dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang yang dijalankan mengikut nasihat Jemaah Menteri, tarikh-tarikh mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara juga ditentukan oleh Jemaah Menteri.

Perkara itu dijelaskan oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harus dalam kenyataan hari ini.

Dalam hal berkaitan, menurut beliau,  Subseksyen 14(1) Ordinan Darurat perlu dibaca bersama-sama dengan peruntukan-peruntukan lain dalam Ordinan Darurat seperti seksyen 17 dan 18. Seksyen 17.

Seksyen tersebut memperuntukkan bahawa bagi tempoh darurat berkuat kuasa, kuasa yang diberikan di bawah Ordinan Darurat tersebut adalah tambahan kepada, dan bukanlah sebagai menggantikan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa.

Seksyen 18 pula, katanya, memperuntukkan sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Ordinan Darurat tersebut dengan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, peruntukan Ordinan Darurat tersebut hendaklah mengatasi.

Peruntukan undang-undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah disifatkan digantikan setakat percanggahan atau ketidakselarasan itu.

Menjelaskan lebih lanjut, katanya, berdasarkan seksyen 17 dan 18, perenggan 14(1)(b) ataupun mana-mana peruntukan dalam Ordinan Darurat tidak mengecualikan peruntukan prinsip Raja Berperlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan

Berkait dengan kuasa Jemaah Menteri dalam menasihati Yang di- Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang, perkara itu merujuk Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Peraturan Mesyuarat 10(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

Ia memperuntukkan bahawa Ketua atau Timbalan Ketua Majlis iaitu (Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri) hendaklah menetapkan, sekurang- kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh Majlis akan bermesyuarat dalam sesuatu penggal.

“Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh yang ditetapkan,” katanya.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Jemaah menteri pun dah tak boleh pakai, nak nasihat apa? Podaahhh…spesisi jaga tembolok juga ni

  2. TUAN PENASIHAT…20% ….jangan MARAH nanti KENA JUAL dIalog filem 3 abdul….TUAN SADIQ SIGARAGAR

    Tahniah Syed SADIQ MP MUAR ada Teropong Ajaib

Comments are closed.