MERSING – Tiada siapa menyangka,reaksi pelik kucing peliharaan telah menyelamatkan lapan sekeluarga daripada daripada dipatuk ular tedung selar sepanjang 2.5 meter di rumah mereka di Felda Lembaga Batu Lima, Jalan Endau-Mersing di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Alias Hussin berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, pemilik kediaman terbabit memeriksa rumah mereka selepas melihat kucing peliharaan menunjukkan reaksi pelik.

“Pemilik kediaman itu kemudian nampak seekor ular tedung selar sepanjang 2.5 meter melingkar di dalam bilik air rumahnya.

“Lalu beliau bertindak pergi melihat apa yang berlaku dan kemudian pemilik mendapati seekor ular di dalam bilik air sebelum pengadu bergegas ke Balai Bomba Endau dengan motosikalnya,” katanya.

Reaksi pelik seekor kucing menyelamatkan 8 keluarga dari ular tedung

Pihak bomba, jelasnya, berjaya menangkap ular berkenaan dengan menggunakan dua penjerut haiwan dalam tempoh lapan minit.

“Ular itu kemudian dilepaskan di kawasan yang jauh dari penempatan penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada insiden tidak diingini berlaku ke atas lapan sekeluarga terlibat. – Malaysiagazette