Dewan Rakyat sitting at the Parliament, Kuala Lumpur. convene reconvene hybrid Parliament
Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Parlimen dijangka bersidang secara hibrid pada akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September tertakluk kepada syarat-syarat ketat pencegahan penularan Covid-19 yang dikuatkuasakan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Perkembangan terkini itu diputuskan Jawatankuasa Khas Pemandu Persidangan Parlimen Secara Hibrid yang dipengerusikan bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan bersama Tan Sri Dr Rais Yatim dan Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan pihaknya telah mengkaji aspek teknologi dan metodologi perjalanan persidangan hibrid.

Kata mereka, persidangan hibrid melibatkan kehadiran fizikal sekurang-kurangnya 26 Ahli Dewan Rakyat untuk menepati kehendak korum di Dewan Rakyat dan 10 Ali Senator di Dewan Negara.

“Menjunjung titah KDYMM YDA untuk diadakan persidangan secepat mungkin dan mengambil maklum komitmen dan kuasa YAP Perdana Menteri selaku Ketua Majlis untuk menetapkan tarikh persidangan.

“Jawatankuasa Khas tersebut memberi komitmen untuk melakukan segala yang terdaya supaya kemudahan persidangan hibrid ini dapat disediakan seberapa segera yang mungkin,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, jawatankuasa memerlukan sedikit masa untuk persidangan Parlimen diadakan secara hibrid kerana beberapa persiapan dari aspek perundangan, pentadbiran, teknikal, perolehan, bekalan serta latihan perlu diperkemaskan terlebih dahulu untuk memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

Semua aspek perundangan dijangka diselesaikan pada akir bulan depan sekiranya diluluskan di peringkat Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Peratuan-Peraturan Mesyuarat.

“Dengan andaian itu adalah dicadangkan agar satu Sidang Khas Parlimen diadakan pada awal bulan Ogos tertakluk kepada syarat-syarat ketat pencegahan penularan Covid-19 yang dikuatkuasakan MKN dan KKM,” katanya.

Sidang khas itu penting untuk memastikan semua Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perincian mengenai hal-hal resolusi yang diperlukan untuk diterima pakai berkaitan perancangan mengadakan sidang Parlimen secara hibrid merangkumi beberapa pindaan ke atas Peraturan Mesyuarat, takrif-takrif persidangan maya, penyelarasan tanggungjawab ahli-ahli Parlimen serta perkara teknikal berkaitan.

Sekirangnya cadangan diterima oleh kedua-dua Dewan sedikit masalah diperlukan oleh Parlimen Malaysia untuk memperolehi bekalan, mengintegrasikan sistem persidangan hibrid dengan sistem sedia ada, ujian (trial run), pentauliahan dan juga latihan kepada petugas serta ali-ahli Parlimen. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast