Lapangan Terbang Antaraabangsa Los Angeles. foto AP

LOS ANGELES – Seorang penumpang dibawa ke hospital selepas bertindak melompat keluar dari pesawat yang sedang bergerak di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, kata pihak berkuasa.

Kejadian itu berlaku selepas lelaki berkenaan tidak berjaya memasuki kokpit penerbangan United Express 5365, yang dikendalikan oleh SkyWest.

Dia kemudian bertindak membuka pintu pesawat dan melompat ke bawah dengan gelongsor kecemasan ke landasan.

Lelaki itu berjaya ditahan di laluan pesawat dalam keadaan cedera dan dibawa ke hospital.

Pesawat yang dalam penerbangan ke Salt Lake City diarah kembali ke pintu pagar lapangan terbang.

Tiada penumpang lain yang cedera dalam insiden tersebut.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) masih menyiasat kes tersebut.

Ia merupakan kejadian kedua di Lapangan Terbang Los Angeles dalam tempoh dua hari.

Sehari sebelum itu, seorang pemandu merempuh masuk lapangan terbang itu melalui pagar kemudahan kargo FedEx dan menujuĀ  ke lapangan terbang.

Lelaki itu telah ditahan.

Susulan kejadian itu dua landasan ditutup sementara. – MalaysiaGazette