KUALA LUMPUR – Pemegang polisi insurans dan takaful yang terjejas juga boleh memohon penangguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful (secara opt-in) yang akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
Inisiatif ini merangkumi pemegang polisi dan sijil insurans hayat dan takaful keluarga, kata Perdana Menteri ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi hari ini.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, lebih sejuta rakyat dijangka memperoleh manfaat daripada lanjutan ini yang membabitkan keseluruhan nilai premium dan sumbangan yang ditangguhkan dianggarkan sebanyak RM2.6 bilion. – MalaysiaGazette