Berkuatkuasa hari ini perkhidmatan berkait dengan firma guaman, pesuruhjaya boleh beroperasi seperti biasa selepas mendapat ‘lampu hijau’ dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Berkuatkuasa hari ini perkhidmatan berkait dengan firma guaman, pesuruhjaya boleh beroperasi seperti biasa selepas mendapat ‘lampu hijau’ dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).

MKN telah menukar status sektor guaman dan pesuruhjaya sumpah sebagai perkhidmatan penting sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Dalam satu kenyataan Majlis Peguam, pihaknya telah menerima semakan semula prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri semalam.

Setiausaha Agung Majlis Peguam, Shahareen Begum berkata, SOP yang telah dikemaskini telah mengesahkan firma berkaitan undang-undang tanpa mengira bidang amalan dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Untuk makluman, panduan MKN yang dikemaskini pada 28 Jun menunjukkan firma guaman dan pesuruhjaya sumpah boleh beroperasi seperti biasa tetapi bersyarat antaranya dengan kehadiran kakitangan dan pengurusan sehingga 60 peratus selain pematuhan SOP ketat.

Namun pada masa sama kebenaran beroperasi perlu diperolehi melalui Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

CIMS 3.0 dikendalikan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sebelum ini, Shahreen pernah mengemukakan persoalan kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri sama ada firma guaman di negara ini boleh beroperasi atau tidak semasa pelaksanaan PKP.

Ketika itu, firma guaman bukan dalam kategori perkhidmatan penting. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast