Bunga Citra Lestari

KUALA LUMPUR – Nama pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari kini mula menjadi sebutan rakyat Malaysia selepas salah satu pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri mengenai inisiatif pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Citra.

“i- Bunga sahaja belum lagi. Kalau tak, cukup dah Bunga Citra Lestari.

“Aku rasa kalau ada bantuan untuk next pengumuman, mesti akan jadi nama nya i-Bunga. So lengkaplah, bunga, citra, lestari. Chantekk.

“Mula-mula i-Lestari, now i-Citra Aku syak orang yang come out with this idea peminat tegar Bunga Citra Lestari,” ujar pengguna di laman sosial Twitter.

i-Citra merupakan inisiatif terbaharu oleh kerajaan di mana orang ramai boleh mengeluarkan sehingga RM5,000 wang KWSP.

Sebelum ini, kerajaan juga pernah memperkenalkan kemudahan i-Lestari untuk mengeluarkan simpanan di Akaun 2 KWSP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast