KLUANG – Ibadah korban di Johor tahun ini akan ditambah baik dengan membenarkan aktiviti melapah dan mengagihkan daging korban dilakukan di lokasi lain selain pusat penyembelihan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, perkara itu telah pun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Johor ( MAIJ) Ahad lalu dan akan dibawa dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Dalam pada itu katanya, pejabat Mufti Johor akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.
“Setelah dibincangkan tadi atas rayuan Menteri Besar dalam mesyuarat Exco pada Rabu lepas, pagi tadi mesyuarat penuh Majlis Agama Islam untuk meminda perkara tersebut.
“Kemungkinan pusat sembelih kepada mereka akan membuat korban akan dibenarkan membawa pulang empat bahagian lembu yang akan ditentukan mereka mesti dilaporkan kepada pejabat kesihatan daerah.
“Tetapi tidak dibenarkan sama sekali di kawasan masjid atau pun surau tetapi dibenarkan membawa pulang di pusat sembelih empat bahagian dari seeokor lembu untuk dibuat pengagihan tetapi kena maklumkan dulu ke pejabat kesihatan daerah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Tosrin, individu yang bernazar dan pertama kali menunaikan ibadah korban boleh melakukannya pada tahun ini selepas tidak dibenarkan berbuat demikian tahun lalu.
Sebelum itu, pada 19 Jun lalu, MAIJ memaklumkan pelaksanaan ibadah korban hanya dilaksanakan di rumah sembelihan berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar daerah.
Bagi pelaksanaan ibadah korban tahun ini, pusat penyembelihan yang berdaftar sebanyak 115 rumah sembelih sementara di negeri ini, 12 pemegang lesen swasta rumah penyembelihan (ruminan), lima rumah sembelih swasta sementara dan 10 Pejabat Perkhidmatan Veterinar di setiap daerah.-MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast