BAKU – Azerbaijan menyerahkan 15 tahanan warga Armenia sebagai pertukaran untuk peta yang menunjukkan lokasi periuk api anti kereta kebal yang ditanam semasa pencerobohan di wilayah Fizuli dan Zangilan.

Peta tersebut diserahkan oleh Yerevan kepada Baku berikutan inisiatif yang dilakukan Rusia, kata Kementeri Luar Azerbaijan.

“Kami melahirkan rasa syukur kepada kontijen sementara pengaman Rusia yang dikerahkan di wilayah Republik Azerbaijan, kerana menjadi pengantara pelaksanaan inisiatif kemanusiaan untuk mendapatkan peta periuk api itu,” menurut kenyataan kementerian tersebut.

Baku berkata, peta periuk api itu akan menyelamatkan berpuluh-puluh ribu warga Azerbaijan, termasuk mereka yang terlibat dengan kerja-kerja memusnahkan bahan letupan itu.

Ia juga akan mempercepatkan pelaksanaan pembinaan semula dan membaik pulih projek dalam wilayahnya yang dimulakan Presiden Ilham Aliyev selain mempercepatkan proses penempatan kepada mereka yang hilang tempat tinggal, tambah kenyataan itu

“Sebagai langkah kemanusiaan, pihak Azerbaijan menyerahkan kepada Armenia 15 warga yang berasal dari Armenia.

“Sebagai tanda muhibah, pihak Armenia menyediakan Azerbaijan dengan peta periuk api di wilayah Fizuli dan Zangilan,” kata kerajaan Armenia.

Hubungan antara kedua-dua bekas negara Soviet itu tegang sejak 1991 apabila tentera Armenia menakluki Nagorno-Karabakh, juga dikenali Hulu Karabakh, yang merupakan sebuah wilayah antarabangsa yang diiktiraf sebagai sebahagian daripada Azerbaijan.

Pertempuran baharu tercetus pada Septembe lalu dan berakhir dengan Rusia menjadi orang tengah dalam pelaksanaan genjatan senjata pada 10 November 2020.

Semasa konflik selama 44 hari yang berakhir dengan perjanjian dimeterai pada 10 November, Azerbaijan membebaskan beberapa bandar dan hampir 300 penempatan dan kampung yang diduduki Armenia secara haram selama tiga tahun.

Genjatan senjata yang dlihat sebagai kemenangan kepada Azerbaijan dengan Armenia mengundurkan tenteranya sejajar dengan persetujuan yang dicapai.

Turki dan Rusia menubuhkan pusat untuk memantau perjanjian genjatan senjata.

Tentara pengamam Rusia juga dikerah ke wilayah tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast