Minuman keluaran Vitasoy. foto Agensi

HONG KONG – Pembuat minuman Vitasoy berdepan dengan tindakan boikot warga China selepas seorang pekerja syarikat itu menyebarkan memo dalam talian yang menzahirkan ucapan takziah kepada kakitangannya yang menikam seorang pegawai polis Hong Kong.

Dalam kenyataan di Weibo, Vitasoy berkata, tindakan pekerja menyebarkan memo tanpa kelulusan itu adalah sangat tidak patut dan syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang.

Memo itu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kakitangan Vitasoy yang berusia 50 tahun yang menikam pegawai polis dan kemudan bertindak membunuh dirinya pada hari Khamis.

“Apa yang ditulis oleh pekerja itu tidak sepatutnya disebarkan kepada umum dan tidak wajar diterbitkan secara dalaman,” kata Vitasoy.

“Vitasoy Group dengan tulusnya meminta maaf atas segala masalah atau keluhan yang ditimbulkan. Kami menyokong kemakmuran, kestabilan dan pembangunan jangka panjang Hong Kong,”.

Polis menggambarkan tikaman itu sebagai cubaan membunuh.

Keadaan anggota polis itu bertambah baik daripada tahap kritikal kepada serius.

Memo pekerja mencetuskan lambakan panggilan dalam talian untuk memboikot Vitasoy, yang meraih dua pertiga pendapatannya daripada jualan di China.

Hashtag “#Vitasoygetoutofthemainland” telah mengumpulkan hampir 100 juta tontonan.

Pihak berkuasa Hong Kong memberi amaran pada hari Ahad tindakan berkabung untuk penyerang tidak ada beza dengan “menyokong keganasan”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast