Puad Zarkashi Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – “Apa agenda sidang khas Parlimen Julai ini,” soal Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Beliau awal-awal lagi mengingatkan ahli-ahli Parlimen jangan menjadikan Parlimen yang akan bersidang bulan ini hanya membincangkan peraturan mesyuarat atau ‘standing order’ untuk sidang berikutnya.

“Jangan melepaskan batuk di tangga,” menurut beliau.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin iaitu sebelum 1 Ogos ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung persidangan Parlimen.

Selasa lalu, Al-Sultan Abdullah sekali lagi menzahirkan pandangan persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat dapat dibentang di Parlimen seperti termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, baginda menzahirkan pandangan itu susulan sesi menghadap oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara serta lanjutan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung pada 16 Jun lalu.

Puad berkata, sidang khas Parlimen ini sepatutnya digunakan sebaik-baiknya untuk berbahas dan meluluskan “proklamasi darurat” seperti yang termaktub dalam Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette