Susulan arahan penutupan sekolah oleh Kementerian Pendidikan sejak Mac 2020 akibat pandemik COVID-19 dan kali kedua pada Jun tahun ini, pengusaha bas sekolah merupakan golongan yang sangat terkesan kerana hilang punca pendapatan.
M. Ravichandaran, 53 yang membawa bas sekolah sejak 20 tahun lalu di sekitar Wangsa Maju berkata dia kini terpaksa menanggung kerugian hampir RM20,000 setelah tidak dapat melakukan kerja itu yang merupakan sumber utama mata pencarian keluarganya.
Dia juga berharap keadaan pandemik yang melanda negara segera pulih agar sektor pendidikan dapat dibuka semula sekali gus dapat menjana pendapatan kembali.