Wednesday, April 17, 2024
Home Tag Fasa 1 Kawalan Pergerakan

Tag: Fasa 1 Kawalan Pergerakan

Kedai Emas Little India ‘Diserbu’ Individu Lengkap Vaksin

Pelanggan mengunjungi sebuah kedai barang kemas pada hari pertama beroperasi dalam pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid India, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 16 OGOS 2021.

Suasana Hari Ketiga CAC Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang

Orang awam yang disyaki positif Covid-19 hadir seawal pagi bagi melakukan penilaian kesihatan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 01 OGOS 2021.

Kerah Sepenuh Tenaga Urus Jenazah Covid-19

Petugas tanpa lelah melakukan kerja-kerja menguruskan jenazah Covid-19 untuk dikebumikan di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 JULAI 2021.

Gunting Rambut Sendiri di Rumah #DailyLife

Penduduk, Azizol Marsalin, 38 terpaksa menggunting rambut anaknya Muhd Akram Azizol, 13 menggunakan gunting siang ikan ekoran kedai dandanan rambut masih tidak beroperasi pada fasa 1 Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Klang Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 26 JULAI 2021.

Redzuan Yusof Santuni Gelandangan Medan Tuanku

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Redzuan Md Yusof (kanan) mengagihkan makanan kepada gelandangan pada Program Santuni Golongan Gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 25 JULAI 2021.

Pusat Penilaian COVID-19 Kompleks Sukan Bandar Tun Razak

Petugas kesihatan menolak orang awam yang disyaki positif Covid-19 bagi melakukan penilaian kesihatan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 25 JULAI 2021.

PDRM Serbu dan Tahan Individu Sertai Parti Liar di Kondominium #PKP

Antara 10 individu termasuk lima wanita tempatan yang menyewa bilik di sebuah residensi mewah di ibu negara diserbu dan ditahan pihak polis selepas terlibat dalam parti liar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2021.

Suasana Malam Taman Hock Ann Dikepung Dengan Kawat Duri #PKPD

Suasana malam di sekitar Taman Hock Ann yang dipasang kawat duri selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2021.

PDRM Pantau Pergerakan Konvoi Bendera Hitam di Ibu Kota

Anggota polis membuat kawalan ketat di setiap jalan utama bandaraya bagi mengawal mengenai isu mengibarkan bendera hitam sambil berkonvoi menggunakan kereta tentang bantahan tidak berpuasa hati terhadap kerajaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tar, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2021.

Kafe “Abang Pasta” Tepi Jalan Tarik Perhatian

Peniaga, Alif Amirul Aiman Nordin, 21, mencari kelainan dalam melariskan produk jualannya dengan berdiri di tepi jalan sambil memegang plakad pada Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 22 JULAI 2021.