Penggunaan kenderaan perkhidmatan awam yang telah mencapai had usia maksima dilanjutkan selama setahun lagi secara automatik.- Gambar hiasan.

Susulan arahan penutupan sekolah oleh Kementerian Pendidikan sejak Mac 2020 akibat pandemik COVID-19 dan kali kedua pada Jun tahun ini, pengusaha bas sekolah merupakan golongan yang sangat terkesan kerana hilang punca pendapatan.

M. Ravichandaran, 53 yang membawa bas sekolah sejak 20 tahun lalu di sekitar Wangsa Maju berkata dia kini terpaksa menanggung kerugian hampir RM20,000 setelah tidak dapat melakukan kerja itu yang merupakan sumber utama mata pencarian keluarganya.

Dia juga berharap keadaan pandemik yang melanda negara segera pulih agar sektor pendidikan dapat dibuka semula sekali gus dapat menjana pendapatan kembali.

Pengusaha bas sekolah, M. Ravichandran membersihkan basnya yang lama tidak digunakan membawa murid berikutan penutupan sekolah akibat pandemik covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JULAI 2021.
Pengusaha bas sekolah, M. Ravichandran membersihkan basnya yang lama tidak digunakan membawa murid berikutan penutupan sekolah akibat pandemik covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JULAI 2021.
Pengusaha bas sekolah, M. Ravichandran memeriksa minyak hitam basnya yang lama tidak digunakan membawa murid berikutan penutupan sekolah akibat pandemik covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JULAI 2021.
Pengusaha bas sekolah, M. Ravichandran memeriksa keadaan basnya yang lama tidak digunakan membawa murid berikutan penutupan sekolah akibat pandemik covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JULAI 2021.
Pengusaha bas sekolah, M. Ravichandran berkata basnya tidak dapat digunakan sepenuhnya jika penutupan sekolah terus dilanjutkan dalam masa satu tahun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JULAI 2021.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast