KUALA LUMPUR – Keputusan UMNO untuk menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah pasti dan hanya menunggu Majlis Kerja Tertinggi untuk memuktamadkannya.
Datuk Mohd Puad Zakarshi mendakwa sudah tentu ahli UMNO paling teruja kerana mereka telah tunggu sekian lama parti untuk membuat keputusan.
”Sebab itu usul “pull the plug” lulus sebulat suara di PAU UMNO 2020.
”Apakah ada yang marah? Sudah tentu. Terutama yang tidak mahu Kerajaan PN rebah. Mereka akan “spin” kononnya rakyat marah. Mereka tuduh UMNO gila kuasa.
”Tetapi mereka lupa. UMNO sokong Muhyiddin jadi PM walaupun dia terlibat dengan Tun M jatuhkan BN di PRU ke 14,” katanya.
Mohd Puad yang juga Ahli MKT berkata, UMNO berlapang dada apabila lantikan Kabinet PN tidak mengikut hieraki parti.
Dakwanya, kumpulan katak dari UMNO semuanya diberi jawatan.
Oleh sebab itu, penyokong PN tidak ada sebab untuk marah pada UMNO kerana sudah 15 bulan UMNO beri peluang kepada PN untuk memerintah.
Lagipun, dakwa beliau, bukan UMNO sahaja yang kata Kerajaan PN gagal tetapi semua pihak termasuk rakyat.
Lantaran itu, katanya, keputusan UMNO untuk menarik sokongan adalah keputusan yang tepat.
”Memang ada yang risau UMNO pull the plug. Mereka ini sama ada di dalam atau di luar UMNO risau hilang jawatan dan keistimewaan.
”Tetapi pada UMNO kejujuran politik sudah tidak ada. UMNO lakukan untuk rakyat kerana kerajaan hari ini gagal. UMNO tidak mahu terus terpalit dengannya.
“UMNO mesti tinggalkan kerajaan yang tidak cekap kerana dasar dan cara yang terbukti salah,” kata beliau. – MalaysiaGazette
Dia ni memang hot kat Kerajaan PN sebab x diberikan sebarang jawatan. Cuba Kerajaan sedia ada tawarkan jawatan kepada dia sudah tentu sonyap sebab setiap bulan ada RM masok. Ni xada sebarang jawatan yang disandang sudah tentu hati membengkak aje. Pandemik covid19 ini pun masih main politik xhabis-habis. Naik meluat dan menyampah tengok muka si Puad ni.
bagus,
cuma jgn keluar mulut buaya masuk mulut naga,
putuskan hubungan dgn bersatu dan pn,
jgn pula bergabung dgn ph,
rata2 semua rakyat membenci ph,
xkiralah pkr ke,pan ke,lagi2 dap,
akar umbi xkn sesekali menerima jika ada jajaran baru bersama ph,
serahkan pada ydpa agong,
buat keputusan utk tidak bersama dgn mana2 parti,
biarkan agong yg buat keputusan,
PH, BN, dan UMNO akan dapat bersama-sama membentuk kerajaan berdasarkan pemahaman mengenai tujuan dan objektif bersama yang perlu dicapai…..SHIT teringat noveli Shanon AHmad….YANG MEMBUSUK TAHI akan ditelan bersama….segala salahlaku iMDB RASUAH salahguna kuasa pecah amanah dan kes2 kolar putih kencing rakyat KHIANAT MANIFESTO akan GHAIB akhirnya…..bahaya dan haramnya bermain NOMBOR2 EKOR
Kasi la can kat mat puad ni guys. Dia bosan dok rumah tubtakda jawatan. Dapat kuar statement ala ala patih kama wijaya moden pun jadi la asalkan ada kuar muka dalam paper.
Ehhh Mudin ko kata UMNO dah mati…yg ko terhegeh2 nak sokongan UMNO apa cer? haaaa mcm musibat!
elok la berpecah la lagi…tu pasal la bangsa lain semakin maju ke depan….