KUALA LUMPUR – Sidang mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini dikatakan tegang apabila beberapa pimpinannya mempersoalkan apa rasional untuk parti itu meninggalkan Perikatan Nasional (PN).
Menurut sumber, dalam mesyuarat itu seorang demi seorang ahli MT mempersoalkan hasrat Ahmad Zahid.
“Semakin ramai MT yang mendesak Presiden untuk melihat alasan untuk meninggalkan kerajaan PN, untuk masa ini. Kerajaan telah cuba untuk mengekang penularan Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Malah menurut sumber yang sama, kebanyakan ahli MT UMNO juga masih menghormati pendirian Ahmad Zahid mengenai PN.
Bagaimanapun, sebilangan mereka ada mempersoalkan arah politik Presiden UMNO itu.
Untuk rekod, mesyuarat MT kini sudah memasuki lima jam yang dibuat secara maya sejak jam 8.30 malam tadi. – MalaysiaGazette
Haaa MG dah jd mcm akhbar tabloid murahan…sah2 laaa mrk dah undi..keputusan dibuat oleh MKT dgn jumlah undi yg besar…korang tak payah lah nak buat gosip liar…mmglah dlm mesyuarat ada 1-2 suara yg berbeza…tp akhirnya suara majoriti yg diambil kira…come on lah MG..U should be better in reporting…yg bertanggungjawab…bukan jd makcik bawang..memetik ‘sumber’…sumber apa?? haaaa low class lah lu
MASALAH AKAN TIMBUL BILA ZAHID HAMIDI DIDAPATI BERSALAH OLEH MAHKAMAH NANTI..IA BERBEZA DENGAN NAJIB RAZAK SEBAB TIADA APA2 JAWATAN PENTING DALAM PARTI .BILA NAJIB RAZAK DIKATAKAN BERSALAH OLEH MAHKAMAH TINGGI ,IMPAKNYA KURANG TETAPI KALAU ZAHID HAMIDI DAN MASLAN MEMBERI KESAN YANG BESAR KEPADA UMNO.
ITU SEBAB SEPATUTNYA MEREKA UNDUR DIRI BAGI MENGELAKAN KESAN SAMPINGAN ATAU PEMBATALAN PARTI DITAMBAH PULAK PENANGGUHAN PEMILIH SELAMA 18 BULAN.
X usah nak berlakon sangat laa..kalau ade TELOR ,terus letak semua jawatan dlm GLC dan kerajaan sekarang..Tunggu ape lagi..
Geng PPBM xyah dok alih cerita la nak ckp UMNO itu ini. Korang dah memang gagal , geng2 korang memang layak di maki hamun sebab bodoh, dahla bodoh sombong pulak tu.