Seorang lelaki memakai pelitup muka ketika melalui kawasan beli-belah di Tokyo. foto Reuters

TOKYO – Jepun akan mengisytiharkan darurat Covid-19 yang baharu di Tokyo, kata media tempatan yang memetik sumber sebagai berkata.

Ini kerana ibu negara itu menyaksikan 920 kes baharu dalam jumlah satu hari tertinggi sejak 13 Mei.

Keputusan itu, yang kemungkinan besar akan berkuatkuasa mulai Isnin depan sehingga 22 Ogos.

Pengisytiharan darurat itu akan menjadikan Tokyo sebagai kawasan darurat walaupun acara Sukan Olimpik akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos.

Kes jangkitan baharu di Tokyo meningkat 26 peratus kepada 4,422 dalam tujuh hari dari Khamis lalu hingga kemarin – ketika program vaksinasi nasional sedang ditingkatkan.

Keadaan darurat kali keempat yang akan diisytiharkan di Tokyo ini akan menggantikan sekatan jalan raya Covid-19 yang longgar di bawah “separa darurat” yang akan berakhir pada hari Ahad ini.

Perincian mengenai pengisytiharan darurat itu akan dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Tokyo dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengan Saitama, Chiba dan Kanagawa, yang secara kolektif menjadi lokasi bagi lebih dari 35 juta orang, kini berada di bawah langkah-langkah “separa darurat”.

Antara perubahan yang dilakukan semasa darurat ialah makan dan minum di dalam restoran berbanding perintah berkurung mulai jam 7 malam yang dilaksanakan sekarang.

Selama ini Tokyo diletakkan di bawah separuh darurat kecuali empat minggu dalam tahun ini.

Walaupun pematuhan penuh merupakan satu cabaran tetapi mana-mana individu yang melanggarnya boleh dikenakan denda sebanyak 300,000 yen (RM11,325).

Jepun telah memberikan 52.6 juta dos setakat hari Selasa lalu, menurut catatan VRS, dengan 31.6 juta orang, atau 25 peratus penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. – MalaysiaGazette