PORT-AU-PRINCE – Sekumpulan 28 pembunuh upahan asing, termasuk tentera Colombia antara yang terlibat membunuh Presiden Haiti, Jovenel Moïse awal minggu ini, kata polis.
Sebilangan besar mereka ditahan selepas berlaku pertempuran senjata di sebuah rumah di ibu kota Port-au-Prince, tempat mereka
Setakat ini, lapan lagi suspek masih diburu manakala tiga telah ditembak mati oleh pegawai polis.
Polis masih mencari dalang di sebalik serangan itu.
Mereka dipercayai telah menyerbu masuk kediaman presiden pada awal pagi hari Rabu lalu lalu menembak Jovenel Moïse dan isterinya.
Moïse pula ditemui terbaring dengan 12 kesan tembakan dan disahkan meninggal dunia.
Manakala isterinya, Martine cedera parah dan kini diberi rawatan di Florida dan disahkan dalam keadaan stabil.
Polis berkata, kumpulan lelaki itu termasuk 15 warga Colombia dan dua warga Haiti-Amerika.
Orang ramai yang menyertai pencarian kumpulan lelaki terbabit telah membantu polis menjejaki mereka yang telah bersembunyi di dalam semak.
Taiwan telah mengesahkan 11 daripada suspek ditahan di kedutaannya, selepas mereka memecah masuk halamannya.
Motif serangan masih belum jelas. Namun, Perdana Menteri sementara Haiti, Claude Joseph memberitahu BBC bahawa presiden berusia 53 tahun itu mungkin menjadi sasaran kerana dia memerangi rasuah.
Pada sidang media semalam, polis juga menunjukkan kepada wartawan pasport suspek-suspek dari Colombia.
“Orang asing datang ke negara kita untuk membunuh presiden,” kata Charles, ketika semua suspek duduk di lantai di belakangnya.
Kerajaan Colombia telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya enam daripada suspek adalah anggota tentera yang telah bersara.
Sementara itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, pihaknya tidak dapat memastikan jika ada warganya ditahan.
Bagaimanapun, media Amerika Syarikat dan Kanada melaporkan salah seorang daripada warganya yang memiliki dua kerakyatan ditangkap, James Solages, 35, berasal dari Florida dan merupakan bekas pengawal di Kedutaan Kanada di Haiti. – MalaysiaGazette