Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Seramai 284,496 orang telah berjaya didaftarkan sukarelawan Southern Volunteers (SV) di negeri ini bagi tujuan Pendaftaran Vaksin Covid-19 sejak dua minggu lalu.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, kini 80 peratus rakyat Johor telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin dan berharap angka itu meningkat kepada 85 peratus pada akhir bulan ini.

“Saya yakin dengan usaha dan muafakat semua pihak khususnya, Pegawai Daerah, Datuk Bandar, Yang Di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan, Pemimpin Masyarakat, Penghulu, Ketua Kampung, Ahli majlis, dan semua pertubuhan belia dan NGO di negeri Johor yang telah menggembeleng tenaga supaya imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin.

“InsyaAllah kita akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi kadar pendaftaran dan vaksinasi ini,” titah baginda dalam kenyataan hari ini.

Pada Jun lalu, Tunku Ismail menitahkan SV digerakkan bagi membantu program-program vaksinasi di setiap daerah.

Baginda bertitah, peranan SV juga perlu dioptimumkan bagi menyebarkan berita yang sahih mengenai vaksin.

Tunku Ismail menggerakkan SV ke barisan hadapan disebabkan baginda memahami keresahan rakyat Johor berkaitan program vaksinasi. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast