Md Amin Md Taff

KUALA LUMPUR – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berazam terus berusaha mengukir kecemerlangan demi meneruskan legasi dari zaman Sultan Idris Training College (SITC) yang membina kemasyhuran dalam dunia pendidikan.

Harapan itu disampaikan Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff sebelum mengadakan program Bacaan Yasin Perdana UPSI.

Beliau berkata, pelantikan sebagai Naib Canselor pertama dari kalangan “Anak Kandung Suluh Budiman” (gelaran lepasan SITC-MPSI-IPSI-UPSI) adalah tanggungjawab berat menunaikan harapan seluruh warga UPSI, masyarakat daerah Muallim serta seluruh alumni sejak zaman SITC.

Katanya, graduan UPSI mula berbakti di seluruh negara sejak tahun 2000
sebagai guru memberi sumbangan besar terhadap kemajuan dunia pendidikan negara
selepas konvokesyen yang pertama.

Beliau berharap semoga warga UPSI dilindungi dari wabak COVID-19 serta
dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang walaupun Bekerja Dari Rumah (BDR).
Program yang diadakan melalui platform Google Meet itu turut dihadiri lebih 400
warga UPSI termasuk Datuk Ahmad Burak merangkap Presiden Persatuan Alumni Suluh
Budiman (PASB), serta alumni.

“Kita sama-sama menjulang semangat bekerjasama demi UPSI dalam
menjalankan tugas agar segala aspirasi universiti dapat dicapai dengan jayanya,”
katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast