KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat terdapat tiga atau empat calon atau mungkin lebih yang berpotensi menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.
Perdana Menteri sebanyak dua kali itu berkata, antara calon tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz.
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu bagaimanapun menegaskan tidak percaya dengan memilih hanya seorang kerana calon-calon itu perlu bersaing untuk mendapat jawatan nombor satu dalam kerajaan.
“Ada tiga hingga empat calon dan boleh jadi lebih. Ramai yang melihat saya mesra kepada Azmin, salah satu calonnya. Saya juga rasa ada calon Perdana Menteri yang bukan datang daripada ahli politik terkemuka.
“Mereka berada di luar daripada kumpulan ahli politik dan orang baharu serta dalam kalangan mereka yang tunjuk minat dalam politik dan saya tidak boleh namakan kerana tidak adil buat mereka.
“Ada juga menamakan Mukhriz iaitu anak saya, ada juga. Tapi saya tidak percaya dengan memilih seorang dan mereka kena bersaing untuk mendapat jawatan itu. Apa pun pemimpin Pejuang perlu bekerja keras,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan penonton dalam program What’s Going On Malaysia? With Harith Iskandar secara langsung di Youtube malam ini.
Penonton tersebut bertanya kepada Dr. Mahathir siapakan calon Perdana Menteri pada masa akan datang jika beliau boleh memilihnya.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu juga mengakui beliau tidak mungkin lagi menjadi perdana Menteri buat kali ketiga memandangkan umurnya sudah mencecah 96 tahun.
Jelas beliau, ketika memegang jawatan itu kali kedua, umurnya adalah 93 tahun dan berpendapat mampu menjawatnya untuk beberapa ketika sahaja jika terpilih. – MalaysiaGazette
Mukhriz??? Azmin??? What is the criteria of assessment? Owh… His own son!!! From one failed state to the other. We need a new breed of leader. The current MB Kedah is a lot more capable and representing ordinary PEOPLE!!!
nak jugak anak dia jadi PM..MMmmm..
Gila kuasa betul…taubat laaa
Pelakon jemputan Nujum Atok Belalang pulak dah.
Nampak kat situ sapa yang sebenarnya gila kuasa dan tamak. Dia lupa semua yang dia kata kat DSN semua balik kat dia. Tak payah la boboy tu jd PM, anak dia pun x leh nak jaga perangai pun dah macam setan. Hina orang sana sini lagipun anak boboy tu x bangga pun jd orang Malaysia. Lagi satu boleh lak org tua nyanyuk ni senaraikan azmin, dia x tengok ke betapa haram jadahnya jemin ni. Rintihan dan keluh kesah rakyat dia x dengar pun.
Aikkk anak Hj Hadi dan anak2 pemimpin PAS tak layak ker? Atau sekadar utk jd tukang sorak dan tukang undi..haaa kesian PAS…dah lah Menteri Kanan pun tak layak…setakat jd pencacai Mudin jer laa korang…janji Hj Hadi gaji jalann…haaa
taubat .. dah kaya .. dah dpt semua kt dunia .. apa lagi nk .., sudah sudah la ,..
anjir sorang semburit sorang lagi anak bapak gila kuasa..