Jumlah harian kes positif Covid-19  mencatat penurunan berbanding semalam dengan 12,541 jangkitan baharu dilaporkan hari ini.

KUALA LUMPUR – Jumlah harian kes positif Covid-19  mencatat penurunan berbanding semalam dengan 12,541 jangkitan baharu dilaporkan hari ini.

Semalam, negara melepasi paras 13,000 dengan 13,215 kes positif baharu dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor terus kekal sebagai penyumbang terbesar dengan merekodkan 5,512 kes baharu.

Ia disusuli Negeri Sembilan yang mencatat 1,619 jangkitan baharu, Kuala Lumpur (1,542), Johor (609), Melaka (575), Kedah (458), Sarawak (423), Pahang (382) dan Pulau Pinang (376).

Kes baharu turut dilaporkan di Sabah (326), Perak (299), Kelantan (225), Terengganu (102), Putrajaya (62), Labuan (24) dan Perlis (tujuh), katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pertambahan kes harian menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 893,323 kes. – MalaysiaGazette