Video sekumpulan makan durian PPV tular sejak semalam

JOHOR BAHRU – Tiga individu yang terlibat berkumpul memakan durian dipercayai di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bandar raya ini  sudah diambil keterangan oleh polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd. Zain mengesahkan perkara itu.

“Kita terima laporan polis pada 3.41 petang semalam berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes akan disiasat di bawah Perkara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menyiasat bagi mengenal pasti individu terlibat sama ada petugas di PPV berkenaan atau bukan dalam video berkenaan.

Semalam tular satu video berdurasi 2 minit 17 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita makan durian beramai-ramai namun lokasinya tidak diketahui.  -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis siasat video 12 individu makan durian tepi sungai

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast