Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad menerima replika cek berjumlah RM300,000 daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tropicana Foundation, Lee Han Ming (tiga dari kanan) untuk Tabung Bencana Negeri di Hospital Sultanah Aminah di sini, semalam.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menerima sumbangan RM300,000 dan enam unit mesin Elektrokardiogram (EKG) daripada Tropicana Corporation Berhad di sini semalam.

Sumbangan wang tunai itu adalah untuk Tabung Bencana Negeri Johor manakala mesin EKG kepada JKNJ.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad menerima sumbangan berkenaan daripada Ketua Eksekutif Kumpulan Tropicana Corporation Berhad, Lee Han Ming.

Sementara itu, Han Ming berkata, sumbangan itu adalah komitmen syarikat berkenaan untuk bersama-sama menyokong usaha Kerajaan Negeri  Johor memerangi pandemik Covid-19.

“Untuk tujuan ini, Tropicana Foundation menyumbang RM300,000 kepada Tabung Bencana Negeri Johor dan enam unit Mesin EKG bernilai RM80,000 sediakala,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast