Apa jaminan tiada campur tangan politik selepas TH dikawal BNM?

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, isu utama yang melanda TH adalah penglibatan individu-individu yang mempunyai kepentingan politik di dalam institusi itu.

Jelasnya, permasalahan yang melanda TH sejak 2014 bukan disebabkan oleh sistem tadbir urus yang tidak teratur sebaliknya campur tangan politik.