KUALA LUMPUR – Sebanyak 924 lagi kes Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) hari ini.
Manakala sebanyak 448 yang memerlukan bantuan alat pernafasan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, sebanyak 93 kematian yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes kematian yang terkini adalah 7,241.
Dalam pada itu beliau berkata, sebanyak 7,567 kes yang telah sembuh dan menjadikan, jumlah keseluruhan yang telah bebas wabak itu adalah 798,955 kes.
Untuk rekod, 12,366 kes baharu direkodkan hari ini yang mana lapan daripadanya adalah kes import.-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: