Sebanyak 12,366 kes positif Covid-18 baharu dilaporkan hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12,366 kes positif Covid-18 baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan terkini sebanyak 939,899 kes.

Menurutnya, sehingga hari ini, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 5,524 kes diikuti dengan Kuala Lumpur dengan 1,580 kes.

Ia disusuli dengan Negeri Sembilan (970), Johor (793), Kedah (701), Sabah (657), Pulau Pinang (460), Sarawak (351), Melaka (309), (25,835), Perak (295), Pahang (288), Terengganu (190), Kelantan (179), Putrajaya (50), Labuan (17) dan Perlis (2).

Untuk rekod, semalam kes Covid-19 yang direkodkan sebanyak 10,972.-MalaysiaGazette