Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 10 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas pegawai pengurusan tertinggi sebuah perbadanan kerana disyaki menyalahgunakan kuasanya dalam urusan pembayaran perbelanjaan operasi kepada beberapa buah syarikat bernilai kira-kira RM42 juta.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 1 petang semalam di kediamannya di sekitar Lembah Klang.

Menurut SPRM, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2017 dengan membuat pembayaran berkaitan perbelanjaan operasi kepada beberapa buah syarikat yang dipercayai suspek mempunyai kepentingan di dalam syarikat-syarikat tersebut.

Penahanan ini adalah susulan siasatan yang dilakukan SPRM berhubung beberapa isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings) pada 2023.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Suspek dijangka akan didakwa pada Khamis ini, 1 Oktober 2026. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here