The man who questioned the police as he was dissatisfied after being reprimanded for not wearing face mask and threw offensive words at them was arrested last night.
The man who questioned the police as he was dissatisfied after being reprimanded for not wearing face mask and threw offensive words at them was arrested last night. Pemuda yang mempertikaikan polis kerana tidak berpuas hati ditegur pakai pelitup muka selain mengeluarkan kata kesat akhirnya ditahan malam tadi.

PETALING JAYA – Seorang pemuda ditahan polis malam tadi kerana mengganggu tugas penjawat awam apabila bertindak menularkan rakaman video dia disaman oleh pihak polis kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak di kawasan Sri Damansara di sini.

Malah ketika ditahan di kediamannya, pemuda tersebut membuat rakaman Facebook Live menunjukkan kehadiran sepasukan polis dan membiarkan anggota penguatkuasa itu menunggu lama di luar pintu.

Pemuda itu juga semasa kejadian sekitar jam 12.30 tengahari di stesen minyak berkenaan pada 19 Julai lalu,bertindak meminta anggota polis menunjukkan kad pengenalan serta kad penguatkuasa dan apabila dilarang membuat rakaman dia kemudiannya membacakan nama serta nombor kad pengenalan anggota polis berkenaan.

Bukan itu saja, dia dilihat ‘mempermainkan’ anggota polis yang menunggu apabila mengemukakan soalan-soalan selain mempertahankan kesalahan tidak memakai pelitup muka dan menganggap tindakannya itu tidak mengganggu tugas penjawat awam.

Terdahulu, tular video insiden dia dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka dan memberikan alasan beliau hanya berjalan lima meter ke kaunter di stesen minyak tersebut untuk membuat tambah nilai kad Touch n’ Go.

Sebaik ditegur di atas kesalahan tidak memakai pelitup muka, dia mula mempersoalkan tindakan anggota polis sambil merakam kejadian tersebut dan berkasar apabila polis memberi amaran supaya tidak berbuat demikian.

Pemuda berkenaan memberikan pelbagai alasan termasuk enggan memakai pelitup muka kerana boleh dijangkiti bakteria pneumonia yang dibacanya dalam satu kajian kajian di Denmark.

Dia yang tidak henti-henti mempertikai tugas sepasukan anggota polis turut mengeluarkan kata-kata kurang sopan selain berdegil enggan menghentikan rakaman video biar pun selepas selesai dikompaun kerana ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) membendung penularan Covid-19.

Video berdurasi 15.42 minit itu yang dirakam oleh pemuda itu  ditularkan dalam media sosial bukan sahaja mempertikaikan tugas anggota polis malah melontarkan kecaman kononnya mereka tidak bertanggungjawab menganiaya rakyat dengan memakan gaji hasil pembayaran cukai.

Rakaman video itu juga menunjukkan dia meminta kad pengenalan anggota polis dan memprovokasi biar pun telah berkali-kali dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian.

Anggota pemantauan SOP yang mengesan pemuda tidak memakai pelitup muka mengeluarkan kompaun tersebut dalaam kejadian hari ini.

Rentetan kejadian itu, polis kemudian memulakan pengesanan suspek tempatan itu sebelum berjaya menahannya malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi telah mengesahkan penahanan suspek malam tadi rentetan kejadian yang belaku di stesen minyak pada Isnin lalu sekitar jam 12.30 tengahari.

Dalam kenyataan pagi ini, beliau menjelaskan suspek disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana enggan memberi kerjasama kepada pihak polis  semasa menjalankan tugas, Seksyen 504 Kanun Keseksaan  kerana dengan sengaja mengaibkan  anggota polis dengan  niat hendak membangkitkan  pecah keamanan.

Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan mendatangkan khianat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana menularkan rakaman tersebut  ke laman media sosial dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana berkelakuan  tidak sopan di tempat awam.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kenakan community service tanpa pakai pelitup muka dengan pesakit Covid-19 kalau benar dakwaannya mengelak pneumonia.

Comments are closed.