KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini, hari ini atas tuduhan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berjumlah RM1 juta pada tahun 2020.
Ahli Parlimen Muar itu juga berdepan dengan tuduhan kedua iaitu salah guna harta dengan menggunakan wang sumbangan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 sebanyak RM120,000 untuk tujuan lain.
Syed Saddiq hanya tenang ketika pertuduhan tuduhan pertama dibacakan sebelum prosiding berasingan bagi tuduhan kedua dibuat ke atasnya.
Beliau yang mengangguk sebagai tanda faham, mengaku tidak bersalah serta mohon dibicarakan bagi semua tuduhan tersebut.
Prosiding berlangsung dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi dengan pendakwaan diketuai oleh Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Faridz Gohim Abdullah.
Tertuduh diwakili oleh Gobind Singh Deo dan Datuk S Ambiga.
Mengikut kertas pertuduhan, Syed Saddiq yang didakwa atas kapasiti beliau sebagai Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah melakukan pecah amanah ke atas dana Armada.
Syed Saddiq didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan curangnya telah membuat pengeluaran tunai berjumlah RM1 juta melalui satu cek tanpa kebenaran Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral di sini, pada 6 Mac 2020.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Selain itu, Syed Saddiq didakwa telah menyalahguna harta iaitu wang sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebanyak RM120,000 yang dikutip menerusi akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada.
Beliau didakwa berbuat demikian antara 8 April 2018 sehingga 21 April 2018 di Maybank Islamic Berhad yang beralamat di No 16 & 16A, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini.
Pendakwaan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan sehingga lima tahun atau sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Ketika prosiding kes pertama, pendakwaan telah mencadangkan jaminan sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan juga memohon pasport tertuduh diserahkah kepada mahkamah dan tertuduh diminta melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdekatan.
Kata Faridz, jumlah tersebut adalah adil berikutan pertuduhan itu didakwa dilakukan oleh seorang ahli politik berpengaruh dan keseriusan kes tidak sepatutnya dipandang remeh.
Selain itu beliau juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah kepada tertuduh supaya tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan kes tersebut kepada media mahupun platform media sosial sehingga perbicaraan selesai.
Bagaimanapun Gobind tampil memohon wang jaminan tersebut dikurangkan memandangkan anak guamnya hanya mempunyai gaji sebanyak RM16,000 sebagai wakil rakyat dan tidak mempunyai sumber lain.
Selain itu, pihaknya juga memerlukan masa untuk membayar wang jaminan melalui sumbangan umum.
Kata Gobind, syarat-syarat lain termasuklah gag-order (arahan tutup mulut oleh hakim) tidak bercakap dengan media, selain melapor diri kononnya mempunyai keupayaan melarikan diri dan sebagainya tidak munasabah dan masuk akal.
Azura kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah untuk simpanan dan tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Mahkamah juga membenarkan permohonan agar jumlah jaminan dibayar secara berperingkat dengan RM50,000 pada hari ini manakala bakinya selewat-lewatnya pada 27 Julai ini
Bagi pertuduhan menyalahguna harta, jaminan ditetapkan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin manakala tarikh sebutan kes ditetapkan pada 10 September ini.
Setakat artikel ini ditulis, Syed Saddiq belum lagi selesai membayar wang jaminan tersebut. – MalaysiaGazette
BENARLAH kata orangtua2….SATU JARI tunjuk pada orang lain….jari lain balik ke diri sendiri…Bukankah syed SADIIQ ini HERO TAMIL menentang RASUAH PECAH AMANAH SALAHGUNA KUASA 1MDB para pemimpin B end…..AKHIRNYA ramai yang terlepas
teringat komen TMJ pada mamat sadidiq….sila rujuk
Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
MANA TUAN PENASIHAT…..SADIIG SHIGARAGAR……20% JANGAN MARAH …nanti KENA JUAL
Seronok melihat gelagat SAMPAH2 bersidang didalam parlimen?
Muda2 lagi dah TERPALIT dengan kes yang AMAT BERAT dan SERIUS?