Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2020. senior judge sexual harassment naked
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN

AMPANG – Perintah sambung reman polis ke atas empat lelaki mabuk yang menendang dan menggigit polis sehingga cedera semasa tangkapan telah ditolak oleh mahkamah pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, keempat-empat suspek tempatan itu telah dihadapkan ke mahkamah majistret sekitar 10.30 pagi tadi bagi proses sambung reman.

“Bagaimanapun mahkamh majistret menolak permohonan sambung reman yang dipohon polis ke atas empat individu itu.

“Berikutan keputusan terbaharu itu, polis akan melengkapkan proses dokumentasi dan membebaskan keempat-empat suspek ini dengan jaminan polis sementara kita akan melengkapkan kertas siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lima lelaki mabuk serang polis 

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, usaha memburu dan menangkap suspek kelima yang telah melarikan diri masih diteruskan.

Katanya, suspek yang sudah dikenalpasti identitinya diyakini akan dicekup secepat mungkin bagi membantu siasatan kes tersebut. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Sudah mabuk kemudian cederakan orang tetapi tidak boleh reman lama.Ada yg tidak kena dengn kes ini.
    Harap pihak polis perlu tegas kes2 begini supaya ia tidak berulang-ulang.
    mahkamh majistret perlu bagi penjelasan supaya tidak timbul prasangka

Comments are closed.