LONDON – Tottenham Hotspur tidak akan menjual Harry Kane pada bila-bila masa dan pada apa harga sekalipun.
Itu pendirian tetap Pengerusi Kelab Elit Liga Perdana Inggeris (EPL), Deniel Levy yang bertegas tidak mahu melepaskan Kane.
Kenyataan itu ternyata mengecewakan Manchester City yang mengharapkan khidmat pemain berusia 28 tahun itu, sekali gus menafikan berita kononnya Kane akan melengkapkan perpindahan ke Manchester City dengan tawaran gergasi £160 juta (RM930.1 juta) dalam masa terdekat.
Levy dikatakan tidak berhasrat untuk membenarkan penyerang England itu meninggalkan White Hart Lane.
Manchester City pula dikhabarkan bersedia mengambil pendekatan tunggu dan lihat dengan harapan Spurs membuka pintu untuk rundingan membabitkan penjualan Kane.
Sementara itu, Kane sudah menunjukkan pendirian bersedia meninggalkan Spurs untuk memenuhi impiannya beraksi dalam kelab juara bertahan EPL musim lalu.
Kane juga merupakan pemain utama yang sedang diburu Pep Guardiola bagi mengisi kekosongan Sergio Aguero.
Namun Man City berdepan masalah untuk mencari pengganti Aguero selepas hasrat menandatangani Erling Haaland juga tidak tercapai.
Selepas menjual Jadon Sancho kepada Red Devils, Borussia Dortmund bertegas untuk tidak menjula Haaland walaupun Pep Guardiola sedia membuka akaun bank bagi membeli Haaland.-MalaysiaGazette