Logo Bomba

KUALA LUMPUR – Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan seorang pembantu rumah warga asing yang cuba terjun dari tingkat sembilan sebuah kondominium.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat menerusi aplikasi Whatsapp memaklumkan, kejadian berlaku di Tasik Residency, Jalan Putra Prima Puchong Prima Utama, hari ini.

Katanya, bomba menerima panggilan daripada orang awam berhubung tingkah laku wanita itu pada pukul 11.51 pagi dan mengerahkan lapan anggota berserta pegawai ke lokasi.

“Pihak kami tiba di lokasi dalam tempoh setengah jam kemudian dan wanita warga Indonesia itu berjaya dipujuk oleh anggota bomba.

“Wanita berusia lingkungan 20an itu yang baru berkerja dengan majikannya selama sebulan dikatakan rindu dan mahu pulang ke kampung,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sikap wanita itu ditegur oleh majikannya yang memberitahu telah banyak mengeluarkan modal bagi tujuan pengambilannya sebagai pembantu rumah.

Tambahnya, wanita terbabit yang tertekan telah membuat ugutan untuk membunuh diri.

Wanita warga asing itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast