Janji temu vaksinasi ikut kepantasan fasa di daerah – Khairy
KUALA LUMPUR – Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menjelaskan, algoritma dalam aplikasi MySejahtera akan memberi janji temu vaksinasi mengikut tarikh pendaftaran oleh setiap individu.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bagaimanapun berkata, janji temu juga akan ditentukan mengikut daerah dan kawasan berdasarkan kepantasan setiap fasa proses vaksinasi itu disempurnakan.
Tambah beliau lagi, terdapat juga mereka yang lewat mendaftar namun mendapat janji temu cepat kerana golongan itu berada dalam senarai menunggu yang sering mendapat rawatan di hospital.
“Contoh kalau di daerah Rembau sudah selesai fasa dua, maka kita akan terus mula fasa tiga iaitu golongan populasi dewasa bawah 60 tahun dan kita bagi janji temu utama kepada mereka yang daftar pada Februari lalu dan ikut urutan tersebut.
“Tapi daerah sebelah iaitu Tampin belum selesai fasa kedua dan ia perlu selesai dulu sebelum beri janji temu yang daftar bagi bawah usia 60 tahun
“Jika satu daerah agak perlahan, ada yang daftar Februari lalu akan belum dapat janji temu. Seperti di Putrajaya, proses vaksinasi agak laju dan jika daftar bulan lalu, ada individu yang akan dapat cepat janji temu.
“Yang kedua, senarai menunggu disebab ada orang daftar lewat mereka adalah seorang yang sentiasa ke hospitalnamun dari segi prrosuder operasi standard, algorima akan ikut tarikh pendaftaran individu,” katanya dalam sidang media khas secara maya di sini baru-baru ini.
Khairy diminta mengulas keluhan individu yang masih belum mendapat janji temu walaupun telah mendaftar di MySejahtera sejak Februari lalu.
Sedangkan ada individu yang baru mendaftar telah mendapat janji temu dengan cepat.
Mengulas lanjut, Khairy yakin 80 peratus populasi di negara ini dijangka menerima dos lengkap vaksin Covid-19 pada Oktober depan. – MalaysiaGazette