Romero

LONDON – Barcelona bersedia untuk merampas bintang pertahanan Atalanta, Cristian Romero yang kini dalam radar rundingan Tottenham Hotspur.

Laporan di Nou Camp mendakwa, Pengarah Teknikal Spurs Fabio Paratici yang mahu menstruktur semula pasukannya meneruskan perbincangan bersama ejen pemain berusia 23 tahun itu dengan yuran tawaran bernilai £42 juta (RM247 juta).

Namun jumlah itu masih dikatakan rendah dengan nilai klausa sebenar yang ditetapkan Atalanta, iaitu £51 juta (RM300 juta) selepas nilai pasaran pemain itu meningkat tiba-tiba berikutan aksi luar biasanya dalam Copa America baru-baru ini bersama Argentina setelah menjulang kejuaraan kali ini menewaskan juara bertahan Brazil.

Kini berita terkini di Nou Camp menyebut Barcelona dikatakan bersedia menawarkan yuran lebih lumayan bagi mendapatkan khidmat pemain itu daripada dirembat oleh Tottenham yang terlibat dalam perbincangan serius.

The Catalans yang memantau rapat perkembangan pemain itu dijangka mengemukakan bidaan rasmi dalam sehari dua ini.

Bidaan Barcelona meningkatkan nilai Romero dengan Atatalanta dikatakan bersedia meneruskan perang bidaannya untuk nilai lebih tinggi.

Romero dipinjamkan kepada Atalanta dari Juventus pada September 2020 dari Juventus selama dua tahun.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast