LONDON – Kelab Liga Perdana Inggeris mungkin terpaksa memulakan musim baharu tanpa pemain utama.
Ini kerana pemain enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 seperti dikehendaki kerajaan United Kingdom.
Laporan terbaharu mendakwa beberapa pemain memilih untuk tidak mengambil vaksin atas sebab peribadi, sementara ada dalam kalangan mereka yang mengetengahkan isu keagamaan.
EFL akan membuka tirai pada Jumaat ini.
Sementara itu, terdapat pemain dan kakitangan salah satu kelab dalam Liga Kejuaraan menjalani kuarantin di kediaman selepas seorang pemain yang enggan mengambil vaksin disahkan positif.
Semalam Manchester United terpaksa membatalkan aksi persahabatan pra musim dengan Preston North End selepas sembilan individu dikesan positif Covid di Pusat latihan Carrington.
Dalam pada itu, England merangka pelan untuk membenarkan penyokong yang divaksin memasuki stadium mulai Oktober ini. -MalaysiaGazette