KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO harus membuang sikap menangguk di air keruh.
Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (ARMADA) Selangor, Haszrilhafizi Mohayan mengingatkan agar UMNO khususnya Datuk Dr. Asyraf Wajdi agar tidak bersikap mengadu domba, melaga-lagakan antara pihak istana dan kerajaan.
Tambah beliau, UMNO tidak sepatutnya membuat perkara kurang cerdik dengan mengajak rakyat berdiskusi di media sosial bagi untuk mengejar populariti semata-mata.
‘”Armada Selangor mengingatkan supaya tidak mengeruhkan keadaan kedua-dua belah pihak. Dengan keadaan negara yang dilanda musibah ini, beliau seharusnya bersama-sama watak di dalam Perikatan Nasional (PN) berganding bahu kerana beliau juga berada di dalam parti yang membentuk kerajaan.
“Walau apa jua keadaan politik semasa, kebajikan rakyat perlu diutamakan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
ARMADA, menurut Haszrilhafizi, akan terus menghormati, menjunjung dan memelihara sistem Raja Berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara di samping teguh di barisan kepimpinan PN.- MalaysiaGazette