Ahli Parlimen pembangkang yang mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka di sini hari ini hampa apabila niat mereka untuk memasuki perkarangan bangunan Parlimen gagal.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang yang mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka di sini hari ini hampa apabila niat mereka untuk memasuki perkarangan bangunan Parlimen gagal.

Ia terjadi apabila sejumlah 107 ahli Parlimen pembangkang dan bebas bersama-sama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diarahkan untuk bersurai.

Antara yang ada dalam perhimpunan itu adalah Pengerusi Parti Pejuang Tanahair, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Presiden Parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dari Dataran Merdeka, kesemua mereka berarak ke Bulatan Dato’ Onn untuk memasuki Jalan Parlimen bagi memasuki Dewan Rakyat.

Perarakan tersebut terhenti apabila Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengadakan sekatan.

Rundingan Anwar yang juga Presiden PKR dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah untuk memasuki Dewan Rakyat juga gagal.

Mereka kemudian akur dengan arahan itu dan bersurai jam 10.50 pagi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Wakil rakyat pembangkang dihalang masuk bangunan Parlimen

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. ya ALLAH DEMI KEBESARAN DAN KEAGONGANMU ITU BENAR…..KAU TUNJUK KEPADA MEREKA2 PEMIMPIN YANG SOMBONG BONGKAK INI TIDAK PERCAYA COVID ITU BENAR SUPAYA MEREKA MENERIMA WABAK INI KERANA KESOMBONGAN MEREKA MENYUSAH DAN MUDARATKAN NEGARA..AMINNNN

  2. Ambil ikhtibar dengan kesombongan dan kebongkakan Shazni Munir SEMASA SIHAT habis ditelanjangi usaha2 baik kerajaan dan frontliner bertungkuslumus mengawal COVID…spt sia-sia belaka….ALLAH MAHA KUASA DAN HEBAT tunjukan balasan mereka yang sombong dengan ALLAH

    sepatutnya kita bermuhasabah diri dengan berusaha bertabah dan bertawakal dengan UJIAN ALLAH ini bukan nak tunjuk AKULAH HERO dan sehebatnya dari orang lain

  3. Demi membendung Covid-19, sudah bergitu lama rakyat dikurung didalam rumah!

    Bila agaknya pihak polis nak keluarkan SAMAN kepada MAMAT2 yang berkumpul ini? Mereka inilah mungkin menjadi penyebar dan agen kepada penuaran Covid-19 yang kini sudah tidak lagi terkawal?

Comments are closed.