Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik syarikat teksi berpangkat Datuk bakal dituduh di mahkamah esok atas dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu kononnya bagi membantu menyelesaikan kes rasuah yang sedang dibicarakan.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu telah meminta rasuah berjumlah RM95,000 daripada seorang individu yang kesnya sedang dibicarakan di peringkat Mahkamah Rayuan.

“Suspek meminta wang itu kononnya untuk dibayar kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pegawai di Pejabat Peguam Negara yang menjalankan kes berkenaan.

“Daripada jumlah yang diminta itu, suspek dipercayai telah menerima RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya, kemudian suspek meminta lagi RM35,000 dan menerimanya secara tunai,” katanya.

Difahamkan, suspek akan didakwa dengan beberapa pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok seterusnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada hari Khamis (5 Ogos 2021).

Jelas sumber itu, suspek akan didakwa mengikut Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast