KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka mengadakan sidang media secara maya pukul 6 petang ini.
Sidang media itu dibuat bagi menyatakan pendirian pemimpin parti itu berhubung situasi politik semasa ketika ini.
Ia dijangka diadakan pukul 6 petang selepas Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung pukul 4 petang tadi.
UMNO hari ini memanggil mesyuarat tersebut pada petang secara atas talian untuk memperhalusi pendirian dan tindakan parti untuk mendepani situasi politik semasa.
Dilaporkan, ini kali kedua MKT UMNO bersidang secara maya selepas kali pertama diadakan pada 7 Julai lalu akibat pematuhan kepada SOP oleh kerajaan sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette