KUALA LUMPUR – Enam ahli Parlimen pembangkang dipanggil polis pada hari ini untuk merakam keterangan berhubung himpunan ahli-ahli Parlimen pembangkang membantah penutupan Parlimen pada Isnin lalu.
Mereka merupakan antara 107 wakil rakyat pembangkang yang sedang disiasat selepas didapati berhimpun di kawasan Dataran Merdeka dan cuba memasuki Parlimen walaupun sidang Parlimen sudah ditangguh selama 14 hari atas nasihat Kementerian Kesihatan bermula Isnin lalu.
Enam wakil rakyat itu adalah Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Mazlee Abdul Malik, Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Kesemua pemimpin pembangkang itu dipanggil hadir ke IPD Dang Wangi secara berasingan dan waktu berbeza.
Di sebelah pagi, empat wakil rakyat terlibat memberi percakapan kepada polis iaitu Mazlee Malik, Tony Pua, Lip Eng dan Fahmi Fadzil manakala Hannah dan Syed Saddiq ditetapkan sesi rakam percakapan jam 2.30 petang hari ini.
Artikel berkaitan: Kesemua 107 MP sertai perhimpunan dipanggil rakam percakapan – Polis
Lip Eng yang juga pemimpin DAP merupakan orang pertama yang masuk ke IPD jam 10 pagi sebelum meninggalkan premis polis sejam kemudian.
Bekas menteri pendidikan, Mazlee Malik merupakan pemimpin kedua yang masuk ke IPD jam 10.30 pagi disusuli Fahmi Fadzil beberapa saat kemudian sambil melambai ke arah pemberita dan jurukamera yang berkumpul, diikuti Tony Pua pada jam 10.40 pagi
Tony Pua, Mazlee dan Fahmi telah ditemani peguam bela masing-masing untuk sesi rakam percakapan manakala Lip Eng tidak diwakili peguam.
Mazlee dan Tony Pua kemudian telah keluar meninggalkan IPD Dang Wangi sekitar jam 11.30 pagi tadi selepas selesai memberi keterangan. – MalaysiaGazette
Susah sangat ke nak keluarkan surat saman?
Kalau dengan rakyat biasa dah lama mereka keluarkan saman tanpa teragak2! Istimewa sangat ke golongan2 ini?
Celaka TOL!!!