Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Azmi Abu Kassim bercakap pada sidang media Perkembangan Siasatan Kes Bunuh di Daerah Dang Wangi dan Siasatan Berhubung Himpunan Keluar dan #Lawan di IPD Kuala Lumpur, Kuala Lumpur .Foto HAFIZ SOHAIMI, 02 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil kesemua 107 ahli Parlimen pembangkang yang berhimpun di Dataran Merdeka hari ini untuk dirakam percakapan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya telah mengenalpasti para peserta dalam Perhimpunan Solariti Bersama Anwar Ibrahim di Parlimen itu dan kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Ingin saya jelaskan di sini bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat daripada media mengatakan hari ini akan berlaku Perhimpunan Solariti Bersama Anwar Ibrahim di Parlimen.

“Rentetan maklumat itu semakan dengan Parlimen mendapati tiada sebarang persidangan pada hari ini sebelum polis membuat sekatan dan lencongan dengan tidak membenarkan kumpulan itu berarak dan memasuki Parlimen.

“Malah saya dapat tahu hasil siasatan awal bahawa seramai 107 ahli Parlimen pembangkang menyertai perhimpunan itu pagi tadi maka kita akan panggil mereka dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, katanya, setakat ini polis telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu di ibu negara mendesak tindakan ke atas mereka yang berhimpun di kawasan Parlimen.

“Polis tidak menerima sebarang notis pemberitahuan daripada penganjur berhubung perhimpunan itu. Maka kita telah buka kertas siasatan dan akan lakukan siasatan sepertimana perhimpunan lain menggunakan peruntukan undang-undang yang ada.

“Kertas siasatan itu kemudian akan diangkat kepada kepada Jabatan Peguam Negara dan daripada situ kita tahu apa tindakan lanjut akan dibuat,” jelasnya.

Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Akta 342 iaitu Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalam Penyakit Berjangkit 1988.

Sekitar pukul 9.30 pagi tadi, seramai 107 ahli Parlimen pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka selepas mereka dihalang oleh polis daripada memasuki bangunan Parlimen.

Selepas berkumpul di Dataran Merdeka, sekumpulan ahli Parlimen pembangkang antaranya daripada parti Pakatan Harapan (PH), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN), dihalang menuju ke Parlimen melalui Jalan Parlimen dari Bulatan Dato Onn oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Antara yang hadir adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap Penasihat Pejuang; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Cubaan ahli Parlimen pembangkang masuki Parlimen gagal

2 Komen

  1. kenapa dipanggil untuk keterangan saja , baik terus saman RM5000 kerana Langgar SOP berkait PPN atau akta Penyakit Berjangkit.
    Adakah layanan berbeza antara rakyat marhen dengan Ahli Parlimen, tindakan mereka akan menyusahkan pihak KKM dikala kes masih tinggi dimana frontliner terutama mereka2 di Hospital2 yg stress dan bersusah payah merawat pesakit..Ini kerana mereka yg ada gelaran doktor pun tidak membantu di hospital hanya ajak rakyat ikut serta.
    Jadi macam ni >>>>”Shazni Munir agak kritikal dan ditidurkan”
    baru sedar kot..Mana Mat Sabu,Mujahid,Khalid ,Dr Zulkely bila anak buah mereka sekarang KRITIKAL

  2. diDOAkan semua 107 MP PEMBANGKANG TERKENA COVID….jika dikompaun rm10000-20000 MEREKA boleh Bayar atau lancarkan Tabung derma spt sadiq shigaragar DAN lge tabung P unah H arapan….mereka terlalu sombong dengan UJIAN ALLAH….kesombongan mereka akan dibalas jua….sama dengan kump Baju hitam
    depan mata mencanak dan frontliner bermatian2 hendak menyelamatkan nyawa rakyat…mp P unah H araPAN terus mengencing ….kluster Parlimen jejak 70KES
    penjual burger kena rm 50000 SEORANG

Comments are closed.