Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad berkuatkuasa esok.

Naib Presiden UMNO itu berkata, tindakannya sebagai mengambil tanggungjawab selaku ahli parti yang akan terus akur dan hormat dengan sebarang keputusan serta ketetapan UMNO yang memutuskan kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan Boustead Holdings Berhad yang telah memberi komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang perkhidmatan saya selaku Pengerusi kepada syarikat sejak Mei 2020.

“Saya yakin dan percaya syarikat kini berada dilandasan yang tepat untuk terus berperanan dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara khususnya dalam memastikan pulangan berterusan kepada pemegang saham utama iaitu tabung persaraan tentera, Lembaga Tabung Angkatan Tentera,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette