Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu undian di Parlimen kalau ada harga diri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi mempersoalkan langkah Muhyiddin itu bertanya, dulu semasa menjadi perdana menteri adakah beliau ditentukan melalui usul di Parlimen.

Menurut beliau, perdana menteri mengumumkan perkenan Yang di-Pertuan Agong usul “undi percaya” terhadap beliau akan di bawa ke sidang Parlimen September nanti.

Namun, veteran UMNO itu mendakwa ramai kecewa kerana ia lambat sangat.

”Sementara tunggu September dibimbangi scheme of things akan bermaharajalela. Banyak manipulasi akan berlaku. Ogos jadi bulan trust deficit,” ujarnya.

Bidas beliau, baru sekarang perdana menteri setuju pembatalan Ordinan Darurat dan usul undi percaya mesti dibawa ke Parlimen, dibahas dan diundi.

”UMNO menjunjung kasih kepada YDP Agong kerana menitahkan Muhyiddin bawa usul “undi percaya” di Parlimen untuk buktikan majoriti. Itu bukti Tuanku tidak percaya cakap kosong,” katanya.

Oleh itu, UMNO mesti terus laksana keputusan Majlis Tertinggi semalam kerana ia memihak kepada Yang di-Pertuan Agong dalam isu derhaka dan kedua menarik sokongan kepada perdana menteri.

Jelasnya, keputusan itu diluluskan secara secara konsensus.

”Semoga sehari dua ini akan bertambah senarai mereka yang tarik sokongan. Dan ada lagi menteri, timbalan dan Pengerusi GLC yang umum letak jawatan,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. La..kuda kepang umno ni tak reti2 diam ke?
    Puad2..cukup la..kamu tu dah kalah teruk dulu..
    Jgn belitkan kenyataan YDPA n kelirukan rakyat lg..
    Tak faham bahasa istana jgn main bantai je..

Comments are closed.