Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid bersalaman dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Himpunan Penyatuan Ummah Muafakat Nasional sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kampung Sawah, Pekan Nanas, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 14 NOVEMBER 2019.

KUALA LUMPURĀ  – Tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan ahli-ahli Parlimen parti itu menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional tidak selari dengan asas penyatuan ummah yang termaktub dalam piagam Muafakat Nasional.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut melahirkan rasa dukacita dengan perkembangan tersebut.

Katanya, tindakan seumpama itu juga secara tidak langsung akan menggugat perancangan Pelan Pemulihan Negara dan usaha menangani penularan wabak Covid-19 serta usaha membantu rakyat yang terjejas teruk kini.

Menurut beliau, Pas bagaimanapun kekal yakin asas penubuhan MN yang bermatlamatkan kesatuan ummah serta membina kekuatan politik Melayu Islam perlu terus dipertahankan demi kestabilan politik, keharmonian dan kesejahteraan negara.

Tuan Ibrahim berkata demikian dalam kenyataan di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette