KUAL LUMPUR – Penolakan UMNO terhadap Perikatan Nasional (PN) telah ditetapkan oleh suara akar umbi, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.
Katanya, perkara itu diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 dan bukannya atas kepentingan individu.
“Terima kasih kepada Ahli Parlimen UMNO dan pimpinannya yang tetap setia berdiri bersama parti.
“Mendokong ketetapan yang telah diambil oleh parti keramat agama, bangsa dan negara.
“Ketetapan ini bukan atas kepentingan individu atau mana-mana pihak seperti cuba dinaratifkan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian merujuk kepada tindakan dua Menteri Kabinet PN iaitu Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang meletakkan jawatan dan akur kepada ketetapan yang diambil parti.
Shamsul meletakkan jawatan selaku Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada Selasa lalu.
Hari ini, Noraini yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO meletakkan jawatan selaku Menteri Pengajian Tinggi atas alasan sama berkuatkuasa serta merta.
Awal hari ini, sejumlah 31 Ahli Parlimen dari UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian mereka untuk terus menyokong kerajaan PN dan tindakan itu nyata bercanggah dengan penetapan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bertindak menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, tiba masanya seluruh pimpinan UMNO untuk bersatu hati dan kembali kepada kewajipan yang nyata.
“Satu hati memperjuangkan apa yang wajib diutamakan UMNO iaitu kesejahteraan rakyat dan negara.
“Mempertahan keluhuran Perlembagaan, menjunjung undang-undang dan melindungi kedaulatan Institusi Diraja.
“Kita kena menginsafi tentang tanggungjawab dan keutamaan pimpinan UMNO yang sebenar.
“Bukan mempertahankan kegagalan dan penderhakaan yang tidak lagi terselindung malah telah terbukti,” katanya lagi.
Terdahulu, Ahmad Zahid dalam sidang media khas pada petang Selasa lalu memaklumkan MKT UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, dan tidak akan mempertahankan Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.
Katanya, kerajaan pimpinan Muhyiddin gagal di mata rakyat, dan keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO. – MalaysiaGazette
jika BENAR UMNO YANG SUCI MURNI DAN P UNAH HARAPAN NAFSU BESAR BERHASRAT AMBIL ALIH KERAJAAN…BOLEHHHH JAMIN 100-200% HAPUSKAN DAN MUSNAHKAN COVID SEPENUHNYA SEPERTI PETIK JARI SEBELAH MATA BOLEH SELESAI SEGERA DALAM 100 HARI
JANJI 100HARI MASA 22 BULAN PUN TERKENCING2..LEBIH JAHANAM DAN PUNAH NEGARA TAPI TUDING JARI KERJAAN GAGAL …
ZAHID MINTA PM 8 LETAK JAWATAN….CABAR ZAHID JUGA LETAK JAWATAN PRESIDEN UMNO DAN MP BAGAN DATO….BARU ADIL DAN ANAK JANTAN….SELESAIKAN KES KAMU DI MAHKAMAH BARU KAMI SOKONG